Saturday, December 24, 2011

usahawan kelantan

memang best berkursus sambil makan angin di kelantan rasa macam honey moon pulak. Program yg bertemakan keusahawanan RABBANI menjanjikan sesuatu yg amat bermakna bg saya. Program yg dikendalikan VISI JAYA CONSULTANT mengetengahkan pelbagai variasi usahawan yang terdapat di kelantan. Saya begitu teruja bila semua moderator yg di panggil semuanya dr golongan cendiakiawan yg memilki taraf doktor tetapi menjadi bidan terjun didalam keusahawan. pelbagai tips serta nasihat yg telah diberikan menjadikan saya begitu bersemangat untuk menceburi bidang keusahawan. Bukan mudah tetapi jika ada usaha yg gigih pasti berjaya. saya tidak melihat Kelantan dari sudut politik tapi saya melihat dr sudut keusahawanan yg tertanam dlm sanubari rakyat kelantan menjadikan negeri tersebut di penuhi dengan ramai usahawan yg amat berjaya dlm bidang masing2...!!! bak kata orang tak kenal maka x cinta. Bg saya kita harus melihat dari satu sudut positif kelantan bukanklah satu negeri miskin tetapi cuma kurang dengan pembangunan. walaupun pembangunan tidak serancak negeri lain tetapi apa yg saya dpt lihat kelantan begitu membangun dr sudut ekonomi yg dijana oleh rakyat kelantan itu sendiri. cuba bayangkan rumah di kelantan kebanyakkannya rumag banglo yg tersergam indah ini menunjukkan pendapatan yg diraih adalah amat tinggi. ramai usahawan yg memiliki pelbagai kekayaan yg begitu teserlah sehinggakan ternganga mulut saya apabila melihat rumah besar, kereta besar hanya dengan menjual dodol.... mak aih..!!!! teruja rasanya nak menjual dodol..sebab tok saya di kampung mmg mempunyai kepakaran dlm membuat dodol...!!! tgk sahaja apabila kami melawat kilang batik HUNGGA rumah tersergam indah, kilang yg begitu canggih menjadikan sy tak mahu pandang ke bidang lain apabila menamatkan pelajaran nanti. sy juga begitu teruja dengan en. mohd raihan bin amir anak pemilik batik hungga. orangnya muda tapi jiwanya untuk meneruska perniagaan bapaknya amat tinggi sehinggakan beliau sendiri trn padang dlm menyediakan batik dan kerja2 ddlm perniagaan tersebut. saya pengang kata2 cikgu amir jgn sesekali kita timbul riak di dalam diri kita supaya ALLAH lebih memberkati di dalam hidup ini itulah rasanya ilmu yg diturunkan kepada anak beliau. kerana pada pandangan saya anak beliau tidak sombong, peramah, rajin melayan kami dan selalu menjawab soalan yg dikemukakan. sepanjang perjalanan ke rantau panjang kami dapat melihat pelbagai panorama yg menyasikan di negeri kelantan...!!! nanti sambunganya...bagaimana kami dpt mempelajari sesuatu untuk menjadi usawahan..

No comments: