Saturday, December 31, 2011

tahun baru..2012

berlabuhnya tirai 2011 beerti satu sejerah bakal kita bukukan. kerana setiap tahun adalah satu rentetan dan lakaran sejarah bg hidup kita..!! bg saya setiap tahun adalah warna kehidupan yg amat berbeza. sy amat menyukai tahun 2011 kerana pelbagai kejayaan yg telah saya lakukan. banyak cita2 saya terlaksana dan ALLAH makbulkan banyak pekara yg saya hajati. pekara yg x dapat saya lupakan dan menjadi kenangan manis buat saya adalah apabila mewakili kelab ke KAMBODIA dan VIETNAM ni plg meninggakan kesan dlm hidup saya.
gambar di kambodia


di vietnam

pengalaman ini sgt bermakna dlm hidup kerana inilah pertama kali ke luar negara rasa seronok sgt apabila melancong ditaja oleh tempat pengajiaan tinggi inilah pengalaman 2011 yg x dapat dilupakan sampai bila2..!! dan 2011 juga memberi pelbagai impak yg baru dlm kehidupan ini. saya lebih mengenali nilai kehidupan yg lebih berhati2 kerana apa jua keputusan kita ia akan mempengaruhi hidup kita. buat pertama kalinya saya masuk wad, dan sakit teruk kerana pelbagai pekara. saya percaya itu adalah ujian ALLAH. pelbagai pahit manis dlm kehidupan 2011. ini adalah lembaran sejarah yg terukir buat diri saya. pengalaman ini menjadi titik tolak supaya saya lebih dewasa dan dewasa. saya hanya mampu berdoa semoga ALLAH tetapkan iman saya. jauhkan dr bala petaka. di shatkan tubuh badan . menjadi anak yg soleh kepada kedua ibubapa, keluarga dan berbakti kepada masyarakat.
saya juga ingin menjadi saudara yg terbaik sahabat dan kawan terbaik dlm hidup mereka. saya sentiasa berdoa semoga perjalan hidup saya untuk menjdi seorang usahawan ALLAH pemudahkan AMIN....
SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T
TERIMA KASIH BUAT KEDUA IBUBAPA, KELUARGA, SAUDARA MARA
KAWAN2, TERUTAMANYA JAZLI, WAK, FAHMI, AIMAN, ALIF,AMIR, EPIT, AZAM, AFIF, HAFIZ, AZAHARI DAN SEMUA RAKAN2 YG RAPAT ......
semoga tahun ini menjadi satu lembaran baru buat saya...dan TERBAIK untuk diri ini..

Tuesday, December 27, 2011

tempahan...meningkat..!!

baru jew start sem baru, tapi tempahan dh masuk secara mendadak, susah gak laa...!!! nk buat keputusan tp nasib baik sem ni jadual class ok jew..!!! ada banyak kelapangan yg leh aku meneruskan business yg best nie...nmpk simple tapi agak memenatkan jugak klu hari2 buat ..!!! demi minat dan ingin menambah pendapatan yg agak lumayan dlm mencari duit masa belajar nie menjadikan saya kuat berusaha dlm meniti hari yg mendatang..!! oleh pendapatan yg besar dlm perniagaan nie..menyebabkan sy x mengalah dlm melawan kepenatan hidup dengan pembelajaran dan business, keseimbangan ini menyebabkan sy menjadi lebih kuat dan tabah dlm meniti hidup. walaupun dugaan dan cabaran yg saya hadapi tapi sy rasakan itu adlh satu keindahan..hidup percaya atau tidak saya sudah msk ke semester akhir ..ini bermakna sy bakal mendapatkan ape yg sy cita2kan ...insyaALLAH selepas ini saya akan menyambung ijazah lak huh..!!!..rasa mcm best jew..!! ingat pesan cikgu saya dia ada ckp apa yg membezakan org bodoh dan org pandai...dan dia memberi jawapan ilmu..dan dia pesan belajarla sampai PHD tak rugi....kata2nya menyebabkan saya berusaha kearah itu...menjadi seorang yg berjaya mendapatkan PHD walaupun yg begelar seorang usahawan...bagi...saya ilmu itu amatlah penting ......!!!..belajarlah...dan berbaktilah pada agama bangsa dan negara..!!

Saturday, December 24, 2011

usahawan kelantan

memang best berkursus sambil makan angin di kelantan rasa macam honey moon pulak. Program yg bertemakan keusahawanan RABBANI menjanjikan sesuatu yg amat bermakna bg saya. Program yg dikendalikan VISI JAYA CONSULTANT mengetengahkan pelbagai variasi usahawan yang terdapat di kelantan. Saya begitu teruja bila semua moderator yg di panggil semuanya dr golongan cendiakiawan yg memilki taraf doktor tetapi menjadi bidan terjun didalam keusahawan. pelbagai tips serta nasihat yg telah diberikan menjadikan saya begitu bersemangat untuk menceburi bidang keusahawan. Bukan mudah tetapi jika ada usaha yg gigih pasti berjaya. saya tidak melihat Kelantan dari sudut politik tapi saya melihat dr sudut keusahawanan yg tertanam dlm sanubari rakyat kelantan menjadikan negeri tersebut di penuhi dengan ramai usahawan yg amat berjaya dlm bidang masing2...!!! bak kata orang tak kenal maka x cinta. Bg saya kita harus melihat dari satu sudut positif kelantan bukanklah satu negeri miskin tetapi cuma kurang dengan pembangunan. walaupun pembangunan tidak serancak negeri lain tetapi apa yg saya dpt lihat kelantan begitu membangun dr sudut ekonomi yg dijana oleh rakyat kelantan itu sendiri. cuba bayangkan rumah di kelantan kebanyakkannya rumag banglo yg tersergam indah ini menunjukkan pendapatan yg diraih adalah amat tinggi. ramai usahawan yg memiliki pelbagai kekayaan yg begitu teserlah sehinggakan ternganga mulut saya apabila melihat rumah besar, kereta besar hanya dengan menjual dodol.... mak aih..!!!! teruja rasanya nak menjual dodol..sebab tok saya di kampung mmg mempunyai kepakaran dlm membuat dodol...!!! tgk sahaja apabila kami melawat kilang batik HUNGGA rumah tersergam indah, kilang yg begitu canggih menjadikan sy tak mahu pandang ke bidang lain apabila menamatkan pelajaran nanti. sy juga begitu teruja dengan en. mohd raihan bin amir anak pemilik batik hungga. orangnya muda tapi jiwanya untuk meneruska perniagaan bapaknya amat tinggi sehinggakan beliau sendiri trn padang dlm menyediakan batik dan kerja2 ddlm perniagaan tersebut. saya pengang kata2 cikgu amir jgn sesekali kita timbul riak di dalam diri kita supaya ALLAH lebih memberkati di dalam hidup ini itulah rasanya ilmu yg diturunkan kepada anak beliau. kerana pada pandangan saya anak beliau tidak sombong, peramah, rajin melayan kami dan selalu menjawab soalan yg dikemukakan. sepanjang perjalanan ke rantau panjang kami dapat melihat pelbagai panorama yg menyasikan di negeri kelantan...!!! nanti sambunganya...bagaimana kami dpt mempelajari sesuatu untuk menjadi usawahan..

Sunday, December 18, 2011

program usahawan

malam nanti aku ngan geng2 keusahawanan akan bertolak ke kelantan untuk mengikuti program keusahawanan yg diadakan di PCB resort, ini adalah retetan drp prgram yg kami telah hadiri di kalumpang resort tempoh hari. program ini menitikberat bagaimana untuk menghadapi cabaran sebabgai usahawan yang berjaya pada masa hadapan sebagai seoarang pelajar kita haruslah mencuba dlm pelbagai bidang kerana diluar sana cabaran menanti dengan banyaknya. Jom joint jika anda berminat..!!! nanti saya akan kongsikan input2 terbaru yg blh digunakan dlm bidang keusahawanan.

sahabat yg terbaik

dlm dunia terdapat ramai org bersahabat, dan pelbagai ragam yg kita dpt lihat cuba kita lihat bagaimana zaman rasulullah dahulu mereka bkn sahaja menyayangi sahabat mereka tetapi mereka sanggup mati kerana sahabat tapi kita hari ini gemar sekali menjatuhkan sahabat kita sendiri, bkn kita membantu apabila sahabat kita dalam kesusahan, kita tidak mampu untuk menangis bersama2 mereka contonya disini satu hadith sohih yg patut kita pengang Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”
(al-Bukhari), ini menunjukan betapa kasih dan sayang rasulullah terhadap abu bakar !!!! begitu juga kita patut mencontohi sikap baginda yg begitu memuliakan sahabat. saya berasa beruntung kerana saya mempunyai sahabat yg begitu memahami dan baik hati. sehinggakan saya merasakan dia adalah sahabat yg terbaik yg pernah saya ada, setiap pekara yg dilakukannya begitu menyenangkan..!!! baik budinya luhur peribadinya dan sopan santun tingkah lakunya. saya hanya mampu berdoa ALLAH mengekalkan hunbungan ini hingga ke akhirat..!!! AMIN


best tak kalau nak jadi usahawan..!!!

sapew2 yg tahu ttg bagaimana nak jadi usahawan yg berjaya nk berkongsi pengalaman...n dpt duit byk jom la jd usahawan..

Saturday, December 17, 2011

MAT SHUKRI: usahawan....!!!! atau makan gaji

MAT SHUKRI: usahawan....!!!! atau makan gaji

usahawan....!!!! atau makan gaji

topik ini mmg best klu dibincangkan kerana ramai dapat memberi pendapat yg berbeza, cuba kita selidiki mana yang lebih baik, bg saya mungkin minat untuk menjadi usahawan adalah sesuatu yg telah lama terpendam dlm sanubari ini menyebabkan sy memilih untuk jadi usahawan satu hari nanti jika diizinkan ALLAH. Sebagai permulaan mungkin saya akan mengutip pengalaman untuk bekerja dengan orang tapi bila dh cukup untuk mengendalikan business sendiri pd masa 2lah sy akan memulakan business sendiri bg mengubah nasib keluarga saya....!!!

makanan oh makanan

assalamualaikum aku nie seorang penggemar makanan , hobi aku asyik makan jew!!! aku pun fikir asyik keluar duit baik tambah pendapatan yg lebih lumayan. jom nak tahu kisah selanjutnya...tunggu!!!

Monday, May 23, 2011

sakit hati bila di permain-main kan!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku ni seorang yang penyayang dan suka sangat sayang kat semua orang, terutamanya..kawan2, oleh kerana aku nie x de adik jadi orang yang dekat dan rapat ngan aku itu lah yang aku sayang sangat2. perangai aku lak mmg pelik kalau baik memang baik nak mampus sampai tak fikir diri sendiri. tapi aku tak pernah mintak diaorang nie sayang aku lebih2, aku cuma suka orang yang suka melayan kerenah aku dah memadai..persahabatan tu memang agak penting dalam kkehidupan kita. apabila kita baik ngan setiap orang membuat orang sayang kat kita.ingat lagi kenangan bersama orang yang paling aku sayang aku panggil dia WAK tapi nama dia halfi. dia seoarang yang amat memahami diri aku, sampai bila2 pown aku akan sayang kat dia sbb dia dah macam adik kandung yang amat aku sayang.Dia leh buat aku rasa tenang dan gembira, kalau aku ada masalah dia lah tempat aku mengadu. keluarga dia baik sangat dah macam keluarga aku sendiri. dia lah insan yang paling memahami diri ni. buat baik kat dia tak pernah minta balasan apa2. ini lah yang wat aku sayang kat dia.

Sunday, May 22, 2011

cabaran dalam hidup

sungguh mencabar la hidup aku, hari nie jd runner pi sana sini..huhuhuhu..yang bestnya aku keje half day kt petronas pas2 aku pi lak wat business aku kt shah alam..penat la gak kan bila kesana kemari. tp yang bestnya apabila hadir 1 kepuasan dalam hidup itu yang paling penting. Letih akan hilang apabila melihat kejayaan menyiapkan sesuatu kerja dengan jayanya. Bukan mudah nak jadi yang terbaik tap]i cukupa la jadi baik pada diri ku..aku ingat lagi kata2 sorang pak cik nie susah hanya sekejap tp senang untuk selama-lamanya. Jadi aku kena berusaha dengan bersungguh2 jika nak berjaya dalam kehidupan. mulai sekarang aku  tak leh nak main2 dalam ape2 pown sebab jika nak berjaya aku x leh nak berlegah2 , peluang yang datang hanya sekali jer dalam seumur hidup aku. Kena cuba dalam apa jua bidang pown. barulah indah kehidupan aku...

susah dahulu senang kemudia..

kehidupan kita diibaratkan roda yang berputar, kadang2 kita kat atas ada kalanya kita kt bawah, tapi sebagai manusia kita mesti percaya pada qada dan qadar ALLAH s.w.t. ini mendekatkan kita pada ALLAH bukan sebaliknya yang menyimpang lebih jauh darinya. kita sebagai manusia jangan mudah leka dan terperdaya dengan mainan dunia....sebagai contoh suka terikut2 dengan budaya masa kini yang kian merunsingkan kepala kita sahaja. Saya juga manusia yang memulakan kehidupan dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang amat mencabar kerana cabaran ini telah mendewasakan saya sebagai manusia tapi kadang2 terlepas pandang juga dengan godaan syaitan dan iblis yang datang mengoda.itulah kita cepat sangat terpengaruh dengan pelbagai tipu daya syaitan dan iblis. tapi kita kena tabaj dan sabar dgn segala dugaannya..dulu susah ckit..tp sekarang ALHAMDULILLAH senang ckit....huhuhuhu

kepenatan..

Friday, May 20, 2011

kerja....kerja...kerja..!!!!

kerja yang aku buat mmg best ..minggu nie aku punya jadual ketat sebab aku kerja kat petronas pas tu balik aku pi lak wat p.time kt shah alam. wah memang la best tapi la..ngantuk gila..tapi sabar jer la aku kena cari duit sebab nak wat business sem depan. mintak2 la dapat modal yang banyak nak bukak 1 business yang gempak ckit..huhuhuhu..mudah2an ALLAH s.w.t bantu dlm perjalanan kehidupan aku.

Thursday, May 19, 2011

bagaimana pelanggan menjadi marah

pelanggan boleh menjadi marah apabila tidak dilayan dengan setimpal, tidak menggendahkan kehadiran pelanggan, pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang di beri , aku nie buat p/time kt satu stesen petronas, macam2 gelagat pelanggan dapat aku tgk ..contohnya..peel pelanggan yang baik hati, sombong dan ade yang terlebih peramah. susah gak la nak melayan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa nie. tapi aku nie selamba bodoh jer..melayan ..bg senyuman yang manis gitu..buat pelanggan jatuh hati dan cair ngan aku..lawak gak la kadang2 pelanggan bagi tips dan ade yang bagi no, fon amboi menggatal nampak...tapi ia banyak mengajar aku menjadi manusia yang mempunyai keyakinan yang tinggi..aku lebih berani..dan paling gempak tak berapa takut ngan pelanggan yang kaya2..naik keta besar2..huhhhuhuu..pas nie aku ingat nak wat semua pelanggan kat c2...datang balik..supaya jualan bos meningkat..